Selasa, 3 Januari 2012

Tayammum

Tayamum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat disertai niat.Tayamum menggantikan wudhuk atau mandi hadas disebabkan keuzuran selain itu bertayamum apabila ketiadaan air atau ada air tetapi tidak mencukupi atau ketiadaan air mutlak dan cuaca yang terlalu sejuk.

Rukun Tayammum

RUKUN TAYAMMUM:

1.Niat
   (Nawaitu tayyammuma listibahati fardhi solati lillahhitaala)
    "Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan solat fardhu kerana Allah taala"
2.Menyapu debu tanah ke muka.
3.Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku.
4.Tertib

Syarat-syarat Tayammum

SYARAT-SYARAT TAYAMMUM:

1.Betayammum apabila masuk waktu solat.
2.Telah berusaha untuk mendapatkan air atau tidak dapat menggunaka air.
3.Menghilangkan najis sebelum melakukan tayammum.
4.Hendaklah menggunakan debu tanah yang suci buka yang mustaqmal.
5.Sekali bertayammum untuk satu solat fardu sahaja.

Cara bertayammum

CARA-CARA BERTAYAMMUM:

1.Selepas berniat,kita hendaklah menepuk kedua-dua belah tangan pada debu tanah.
2.Tepukan yang pertama untuk disapukan ke muka.
3.Tepukan kedua untuk disapu dikedua-dua belah tangan hingga ke siku debu pada tangan kiri untuk disapukan ketangan kanan manakala debu pada tangan kanan untuk disapukan ke tangan kiri.



INFO:

Antara sunat tayammum:
A) Membaca basmallah.
B)Mrnipiskan debu tanah pada kedua-dua tapak tangan.
C)Membaca doa yang sama seperti selepas berwudhuk.

Perkara-perkara yang membatalkan tayammum


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM:

1.Melakukan perkara-perkara yang membatalkan wudhuk.
2.Ada air sebelum berwudhuk.
3.Sembuh daripada sakit.
4.Tamat waktu solat.
5.Murtad (keluar dari islam)

Hikmah disyariatkan tayammum


HIKMAH DISYARIATKAN BERTAYAMMUM:

1.Keringanan kepada umat islam yang uzur.
2.Membuktikan agama islam itu mudah dan ajarannya mampu dilaksanakan.
3.Menunjukkan pentingnya melaksanakan ibadah solat.
4.Mendidik diri supaya tidak bersikap takbur.